Tukar Nombor Tone Plus

Langkah Tukar Nombor Tone Plus

TUKAR NOMBOR BARU TONE PLUS

 Pilih Nombor Baru Tone Plus


Salah satu kelebihan apabila menggunakan simkad Tone Plus, anda boleh menukar nombor pilihan anda sesuka hati pada bila-bila masa sahaja secara online. Tak perlu bertukar ke simkad yang baru seperti telco-telco laen.

Dalam post ini, saya akan kongsikan dengan anda langkah-langkah tukar nombor Tone Plus anda kepada apa-apa jua nombor yang anda suka atau minat.

Ok, apabila anda sudah aktifkan atau guna simkad Tone Plus sebelum ini , anda akan diberikan satu nombor Tone Plus yang baru secara rawak (random). Betul?..... Jika anda tidak suka nombor yang diberikan, anda boleh menukarnya kepada sebarang nombor pilihan anda melalui akaun Tune Talk Selfcare anda.

Penukaran nombor pertama dalam tempoh 24 jam selepas pendaftaran adalah PERCUMA. Setiap penukaran selepas itu, dikenakan caj RM5 (ditolak dari nilai kredit).
  

Jom, follow step by step...

Layari website Tune Talk Selfcare, klik terus link di bawah...


STEP 1 : Klik Bahagian Forgot Username/Password (Click here).
Sekiranya anda pengguna baru, kali pertama log masuk ke akaun Self Care.


STEP 2 : Tandakan Choose "Forgot Password", Nationality "Malaysian", 

STEP 3 : NRIC "Masukkan IC anda", Tune Talk Number "Masukkan Nombor
               Tone Plus" (anda juga boleh memilih email, untuk dihantar oleh 
               sistem password sementara anda) 

STEP 4 : Klik " Reset Password"


STEP 5 : Pastikan terdapat notification berwarna hijau di penjuru atas sebelah 
              kiri, "Password/Username is sent to your mobile number/email" 


STEP 6 : Anda akan menerima satu flash message daripada sistem, dengan 
             maklumat password sementara akaun selfcare anda. Sila salin secepat 
             mungkin, kerana flash message ini akan hilang pada bila-bila masa 
             sahaja.


STEP 7 : Masukkan semula "Nombor IC" anda.

STEP 8 : Masukkan password sementara yang diberikan.

STEP 9 : Klik "Log In".



Paparan tukaran kata laluan (Change Password) akan keluar.

STEP 10 : Masukkan password sementara yang diberikan.

STEP 11 : Masukkan Password pilihan anda, dan sahkan semula password 
                tersebut.

STEP 12 : Klik "Submit".


STEP 13 : Notifikasi pertukaran Password anda telah berjaya. Sila ingat 
                username & password tersebut untuk akses semula di kemudian 
                hari.



STEP 14 :  Lihat Bahagian Mobile Number, pilih nombor Tone Plus yang anda 
                 ingin tukarkan.


STEP 15 :  Klik "My Numbers





STEP 16 : Lihat bahagian My Numbers, klik "Change Mobile Number"


STEP 17 : Masukkan 4 digit  terakhir nombor Tone Plus pilihan anda.

STEP 18 : Klik "Fetch"





STEP 19 : Sila pilih nombor pilihan anda, daripada senarai nombor yang 
                disenaraikan.

STEP 20 : Sekiranya anda telah berpuas hati, klik "Submit".


STEP 21 : Klik "Confirm", secara automatik nombor Tone Plus anda akan 
                bertukar serta merta.